Monday, December 19, 2011
MEGA - Takdir Dan Waktu
Mega
Takdir Dan Waktu
Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri
Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya
Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah
Kini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratanNya
Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa
Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca
Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini
Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku
Untuk melepaskanmu demi kerana
Ku masih sayang, sayang padamu
Terbangkit resah di dalam kalbu
Terhimpun rindu (sayang)
(Luka cintaku)
lirik lagu yang menceritakan peritnya cinta yang hadir dan pergi dengan sekelip mata...
ada ketika sehingga menitis air mata dek kerana teringat kisah lampau,,,
kadang2 kita tak sedar yang kite dah melukakan hati orang..tapi selepas perginya dia dari idup kita baru kita rase nak baiki semua tu.... sekali pun rase ingin kembali itu ada..adakala kite haruslah melepaskan orang yang kita syang demi kerana kite msih menyayangi dia.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment